Saturday, 12 March 2016

Arrow : Rahsia pembikinan anak Panah

Arrow : rahsia pembikinan

saya bukan pakar arrow atau master dlm pembuatan anak panah..tp sy suka mengkaji..guru sy abg Ashraf Arshad sebagai org yg sy rujuk dan sahabat2 lain bnyk memberi idea dan mendatang ilham dlm pembuatan anak panah..utk mempelajari arrow menurut pendapat sy,tidaklah susah seperti mana yg di sangka..asalkan mengikut langkah2,InsyaAllah memudahkan kita..
-sistem
-kaedah
-teknik pembuatan..

1.sistem
  -baik arrow moden dan tradisional,sistem
     arrow tetap sama..dan x berubah..

  -sebagai contoh arrow memerlukan daya
     hentaman apabila arrow menuju pada
     sasaran..daya hentaman (momentum)
     memerlukan jisim(berat) dan kelajuan..

   -gabungan kekuatan busur(poundage bow)
     dan arrow [jisim (berat dan kekerasan
     kayu) + kelajuan ] memberikan kesan pada
     daya hentaman

   -kesesuaian kekuatan busur dgn arrow
     (berat dan spine) juga merupakan faktor
     arrow itu melencong atau sebaliknya

   -balance arrow(center point) juga penting
     dlm menentukan titik lenturan arrow
     semasa terbang supaya arrow itu terbang 
     lurus atau sebaliknya..

    -pemilihan fletcher juga menentukan
      kesesuaian arrow mengikut jarak..

ini antara perkara penting dlm sistem..dan bnyk lg yg terkandung dlm sistem arrow..InsyaAllah ada rezeki update lg..sekali lg sy jelaskan ini mengikut kajian dan pendapat sy..kecantikan pada arrow adalah 1 bonus..tetapi yg paling penting,dlm arrow itu mempunyai ciri2 arrow yg mengikut sistem..pakar2 arrow ratusan tahun terdahulu telah pn mengemukakan semua ilmu2 ni..cuma kita perlu mencari dan mengkaji..nk jadi arrow maker yg baik jgn sombong..jgn berlagak pandai..kerana org2 sekeliling kita ada guru kepada kita..Wallahua'lam..

-Taufan An Nabbal 😄

SANAD MEMANAH? Memanah part 2 Us Wan Asrul

SANAD MEMANAH?
Sebenarnya isu sanad ini sang faqir sudah berlepas-tangan hendak sentuh, apatahlagi ianya melibatkan dengan perihal memanah.
Mula timbul isu hal memanah perlu ada sanad. Sehingga berlakunya perselisihan faham sesetengah pihak. Perkara yang sepatutnya boleh harmoni, boleh aman, akhirnya menjadi haru biru. Sindir menyindir, salah menyalahkan. 

Sang faqir pada mula mengambil sikap lepas tangan kerana masing-masing sudah cukup besar untuk berfkir. Seringkali juga sang faqir mengulang-sebut “MEMANAH DENGAN ILMU, BUKAN TEKNIK SEMATA-MATA” 

Sehingga berlaku juga permasalahan hal teknik 3 jari dan teknik ibu jari. Masing-masing mengangkat ‘ini lebih bagus, itu tidak bagus’. Seperti yang lazimnya sang faqir bebelkan, jika mahir 1000 teknik, namun masih samar dengan satu sistem, maka teknik yang kita mahirkan itu akan membawa permasalahan kepada kefahaman. Namun, jika faham satu sistem, maka kita boleh mencipta 1000 teknik dan tiada siapa boleh mempersoalkan, kerana masing-masing memahami sistem.
Terbaharu, muncul perihal bersanad dalam memanah. Apabila hal ini muncul, ianya akan mengelirukan sekalian umat Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang baharu ingin menjinakkan diri ke lapangan Riadah hebat ini.

Pertamanya, sang faqir ingin sentuh bahawa, memanah itu adalah Sunnah. Ianya terbit dari Fiiliyyah, Qauliyyah dan Taqririyyah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Maka, tahu kita akan kesemua ini adalah melalui Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi seterusnya sampai kepada kita melalui Ulama. Keadaan atau sistem ini dipanggil sanad.

Apa itu pula sanad? Sanad atau Isnad, adalah satu makna sama, ini adalah kerana isnad juga menyambungkan hadis kepada pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadith. Ibnu Jamaah (wafat 733H) menyebut bahawa sanad adalah perkhabaran terhadap jalur (yang meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana sanad adalah menyambungkan atau menyandarkan perkataan atau matan kepada pengucapnya iaitu perawinya (Kitab Al-Manhal Ar-Rawi)

Maka, apabila ianya dihubungkan di sini, timbul persoalan, dari riwayat mana yang memberi gambaran bahawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam ada mengajar para sahabat RidwanULLAH Alaihim Ajmain cara memanah, sehingga ada dakwaan pihak yang mengatakan mereka mempunyai sanad memanah cara Nabi. Ini sudah menimbulkan kekeliruan.
Yang jelas ada, hanyalah sanad riwayat hadith tentang anjuran (Taqrir) memanah, dan ianya ditekankan sebanyak tiga kali dalam satu matan ;

عَنْ أَبِي عَلِيٍّ ثُمَامَةَ بْنِ شُفَيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
 
Mafhumnya :
Dari Abi Ali Tumamah Bin Shufay sesungguhnya aku mendengar  Uqbah bin amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata: aku mendengar RasulULLAHi SallALLAHu ‘Alaihi Wasallam bersabda di atas mimbar:
“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (Hadith Riwayat  Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya)

Maka, ini dinamakan sanad. Ianya dari Fiiliyyah umum dan tidak dijumpai sebarang riwayat samada Musalsal Bil  Mustofa sekalipun bahawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajarkan cara memanah. Fiiliyyah umum bermaksud pada zaman tersebut, penggunaan panah dan pedang adalah sesuatu yang ghalit(lazim) kepada sekalian orang lelaki, dan dari kalangan mereka, ada ahlinya. 

Dalam sirah, menceritakan bahawa antara yang menjadi Ahli dalam memanah adalah Sayyidina Saad Bin Abi Waqash RadhiyALLAHu Anhu, Sayyidina Qatadah Ibn Nukman RadhiyALLAHu Anhu, Sayyidina Salamah Al Akwa RadhiyALLAHu Anhu dan ramai lagi yang lain. Permainan mereka telah disokong oleh Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam apabila Baginda sendiri mempunyai koleksi panah sebanyak 6-9 batang, yang mempunyai nama masing-masing. Maka, sehingga peroleh pada kita hari ini adalah Ittiba’(Ikutan) Sunnah.

Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah insan yang dikurniakan tahap Fatonah yang tinggi. Andai kata, Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajar para sahabat RadhiyALLAHu Anhum cara memanah, dan cara tersebut dibawa kepada kita hari ini, boleh jadi, ilmu dalam memanah menjadi noktah. Kerana memanah adalah sistem, dan sistem akan sentiasa berkembang mengikut zaman serta keperluan.  

Sang faqir terpaksa menjawab persoalan ini secara umum, hal ini sang faqir lakukan setelah sebelum ini bertemu dengan beberapa Ulama yang takhasus dalam bidang hadith. Mereka juga tidak menemui sebarang riwayat secara sahih dan khusus, dalam menggambarkan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajar para sahabat RadhiyALLAHu Anhum memanah secara khusus akan cara memanah.

Bukan bertujuan mengaibkan, namun untuk menjawab persoalan, benarkah ada sanad dalam memanah? Jawapannya, ada. Namun, ianya adalah sanad hadith berbentuk Taqrir iaitu anjuran dan berbentuk Qauliy iaitu perkataan. 

Dari sudut Fiiliyyah, ianya secara umum menggambarkan bahawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah seorang pemanah. Dan urusan keahlian dalam memanah Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam serahkan kepada ahlinya dengan kaitan riwayat lain berbunyi :
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
(Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian)

Dengan takhrij hadith :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ وَعَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَوْمٍ يُلَقِّحُونَ فَقَالَ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا لَصَلُحَ قَالَ فَخَرَجَ شِيصًا فَمَرَّ بِهِمْ فَقَالَ مَا لِنَخْلِكُمْ قَالُوا قُلْتَ كَذَا وَكَذَا قَالَ أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan 'Amru An Naqid seluruhnya dari Al Aswad bin 'Amir; Abu Bakr berkata; Telah menceritakan kepada kami Aswad bin 'Amir; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Hisyam bin 'Urwah dari Ayahnya dari 'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas bahawa Nabi SallALLAHu 'Alaihi Wasallam pernah melewati suatu kaum yang sedang mengahwinkan pohon kurma lalu Baginda bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik." Tetapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak. Hingga suatu saat Nabi SallALLAHu 'Alaihi Wasallam melewati mereka lagi dan melihat hal itu Baginda bertanya: 'Ada apa dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah Tuan telah mengatakan hal ini dan hal itu? Baginda lalu bersabda: 'Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.' (Hadith Riwayat Muslim)

Diringkaskan cerita, mohon dihentikan segala dakwaan bahawa adanya sanad cara memanah, kerana jika disebut kalimat SANAD, ianya perlu dihadirkan dengan MATAN dan RIWAYAT.
Cukuplah untuk kita gali, akan persoalan “MENGAPA MEMANAH ITU SUNNAH?”, untuk mencari persoalan itu sahaja, sehingga hujung dunia masih tidak akan habis untuk kita selami dan pelajari. Antara hikmah dalam memanah adalah melatih manusia, belajar dan terus belajar, mengambil contoh yang muktabar, Imam Bukhari RahimahULLAH dan Imam Asy Syafie RahimahULLAH serta ramai lagi para Imam Mutaqadimin yang lain, mereka turut juga menjadikan memanah sebagai suatu riadah yang wajib bagi mereka. 

Maka, kenapa perlu hari ini kita berbalah akan perkara yang tidak akan habis dipelajari? Kenapa perlu sesuka hati meletakkan titik noktah pada keilmuan yang sentiasa bergerak. Jadilah umat Islam yang Ulul Albab iaitu sentiasa berfikir dan berzikir.

Adapun, dalam memanah, yang membezakan kita dengan  orang bukan Islam, walaupun sehebat mana mereka adalah :
1) Aqidah
2) Ibadah
3) Sakhsiyyah

Dan inilah juga yang patut dibangunkan di dalam diri masing-masing.
Selami rahsia Nafsiyyah, Salbiyyah, Maani dan Maanawiyyah di dalam memanah.
InsyaALLAH, dalam penghujung April, sang faqir akan mengadakan ‘Daurah Tauhid’ untuk sekalian pemanah dalam perjalanan memastikan dan menetapkan arah tuju sebenar pada Riadah Sunnah ini.
Manakala, pada penghujung Mei akan diadakan ‘Kursus Sistem Biomekanikal Dalam Memanah’. 
InsyaALLAH.
Belajar dan terus belajar.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Semoga bermanfaat.
Sunnah itu Hasanah, Sunnah itu Barakah.
Wassalam.

Kenapa Memanah Itu SUNNAH? part 1 Us Wan Asrul

Memanah Sunnah

Kenapa Memanah Itu SUNNAH?
Kerana...

1) Ianya adalah Sunnah Fiiliyyah, Taqririyyah dan Qauliyyah. Maka, setiap perbuatan, percakapan serta saranan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukanlah dari hawa nafsu Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam tetapi ianya adalah Wahyu dari ALLAH Azza Wajalla.
2) Untuk pembaikan sistem vebtebrae (Tulang Belakang) terutamanya pada servical, toracs dan lumbar.
3) Bagi penambahbaik pulihan Sistem cardiovascular terutamanya bagi sistem injap jantung iaitu aortic, biskuspid, trikuspid dan pulmonari.
4) Untuk meransang Sistem neuron, terutamanya di Thalamus dan Hipothalamus (Otak Tengah).

Dalam Memanah, terdapat 4 perkara penting dari sudut fizikal dan 4 perkara penting dari sudut mental.
Fizikal :
1) Posisi Tubuh dan Busur
2) Struktur Tubuh dan Busur
3) Sistem Pernafasan ( Respiratori) dan Sistem Darah ( Karsiovaskular)
4) Relatif Am ( Hukum Inersia)

Mental :
1) Keupayaan Otak Depan
2) Ketenangan
3) Ketepatan mata dan taakulan neuron
4) Kewarasan sasaran

Maka, jika dihurai setiap satu dari perkara ASAS di atas, maka fahamlah kita kenapa Memanah itu Sunnah.
Memanah adalah suatu RIADAH dan sewajarnya setiap Muslim mengamalkannya, bukannya menunggu 'semboyan' baharulah masing-masing sibuk hendak berlatih atau belajar memanah.
Indahnya Sunnah diamalkan dengan ILMU dan FAHAM.

Kredit to Ust wan Asrul  Al.kalantani