SANAD MEMANAH?
Sebenarnya isu sanad ini sang faqir sudah berlepas-tangan hendak sentuh, apatahlagi ianya melibatkan dengan perihal memanah.
Sebenarnya isu sanad ini sang faqir sudah berlepas-tangan hendak sentuh, apatahlagi ianya melibatkan dengan perihal memanah.
Mula timbul isu hal memanah perlu ada sanad. Sehingga
berlakunya perselisihan faham sesetengah pihak. Perkara yang sepatutnya
boleh harmoni, boleh aman, akhirnya menjadi haru biru. Sindir menyindir,
salah menyalahkan.
Sang faqir pada mula mengambil sikap lepas tangan kerana
masing-masing sudah cukup besar untuk berfkir. Seringkali juga sang
faqir mengulang-sebut “MEMANAH DENGAN ILMU, BUKAN TEKNIK SEMATA-MATA”
Sehingga berlaku juga permasalahan hal teknik 3 jari dan
teknik ibu jari. Masing-masing mengangkat ‘ini lebih bagus, itu tidak
bagus’. Seperti yang lazimnya sang faqir bebelkan, jika mahir 1000
teknik, namun masih samar dengan satu sistem, maka teknik yang kita
mahirkan itu akan membawa permasalahan kepada kefahaman. Namun, jika
faham satu sistem, maka kita boleh mencipta 1000 teknik dan tiada siapa
boleh mempersoalkan, kerana masing-masing memahami sistem.
Terbaharu, muncul perihal bersanad dalam memanah. Apabila
hal ini muncul, ianya akan mengelirukan sekalian umat Sayyiduna
RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang baharu ingin menjinakkan
diri ke lapangan Riadah hebat ini.
Pertamanya, sang faqir ingin sentuh bahawa, memanah itu
adalah Sunnah. Ianya terbit dari Fiiliyyah, Qauliyyah dan Taqririyyah
Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Maka, tahu kita akan
kesemua ini adalah melalui Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi
seterusnya sampai kepada kita melalui Ulama. Keadaan atau sistem ini
dipanggil sanad.
Apa itu pula sanad? Sanad atau Isnad, adalah satu makna
sama, ini adalah kerana isnad juga menyambungkan hadis kepada
pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadith. Ibnu Jamaah (wafat
733H) menyebut bahawa sanad adalah perkhabaran terhadap jalur (yang
meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana sanad adalah menyambungkan atau
menyandarkan perkataan atau matan kepada pengucapnya iaitu perawinya
(Kitab Al-Manhal Ar-Rawi)
Maka, apabila ianya dihubungkan di sini, timbul persoalan,
dari riwayat mana yang memberi gambaran bahawa Sayyiduna RasulILLAHi
SallALLAHu Alaihi Wasallam ada mengajar para sahabat RidwanULLAH Alaihim
Ajmain cara memanah, sehingga ada dakwaan pihak yang mengatakan mereka
mempunyai sanad memanah cara Nabi. Ini sudah menimbulkan kekeliruan.
Yang jelas ada, hanyalah sanad riwayat hadith tentang
anjuran (Taqrir) memanah, dan ianya ditekankan sebanyak tiga kali dalam
satu matan ;
عَنْ أَبِي عَلِيٍّ ثُمَامَةَ بْنِ شُفَيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ
عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ وَأَعِدُّوا لَهُمْ
مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا
إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
Mafhumnya :
Dari Abi Ali Tumamah Bin Shufay sesungguhnya aku mendengar Uqbah bin amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata: aku mendengar RasulULLAHi SallALLAHu ‘Alaihi Wasallam bersabda di atas mimbar:
“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (Hadith Riwayat Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya)
Dari Abi Ali Tumamah Bin Shufay sesungguhnya aku mendengar Uqbah bin amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata: aku mendengar RasulULLAHi SallALLAHu ‘Alaihi Wasallam bersabda di atas mimbar:
“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (Hadith Riwayat Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya)
Maka, ini dinamakan sanad. Ianya dari Fiiliyyah umum dan
tidak dijumpai sebarang riwayat samada Musalsal Bil Mustofa sekalipun
bahawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajarkan cara
memanah. Fiiliyyah umum bermaksud pada zaman tersebut, penggunaan panah
dan pedang adalah sesuatu yang ghalit(lazim) kepada sekalian orang
lelaki, dan dari kalangan mereka, ada ahlinya.
Dalam sirah, menceritakan bahawa antara yang menjadi Ahli
dalam memanah adalah Sayyidina Saad Bin Abi Waqash RadhiyALLAHu Anhu,
Sayyidina Qatadah Ibn Nukman RadhiyALLAHu Anhu, Sayyidina Salamah Al
Akwa RadhiyALLAHu Anhu dan ramai lagi yang lain. Permainan mereka telah
disokong oleh Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam apabila
Baginda sendiri mempunyai koleksi panah sebanyak 6-9 batang, yang
mempunyai nama masing-masing. Maka, sehingga peroleh pada kita hari ini
adalah Ittiba’(Ikutan) Sunnah.
Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah
insan yang dikurniakan tahap Fatonah yang tinggi. Andai kata, Baginda
SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajar para sahabat RadhiyALLAHu Anhum cara
memanah, dan cara tersebut dibawa kepada kita hari ini, boleh jadi,
ilmu dalam memanah menjadi noktah. Kerana memanah adalah sistem, dan
sistem akan sentiasa berkembang mengikut zaman serta keperluan.
Sang faqir terpaksa menjawab persoalan ini secara umum, hal
ini sang faqir lakukan setelah sebelum ini bertemu dengan beberapa
Ulama yang takhasus dalam bidang hadith. Mereka juga tidak menemui
sebarang riwayat secara sahih dan khusus, dalam menggambarkan Sayyiduna
RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam mengajar para sahabat
RadhiyALLAHu Anhum memanah secara khusus akan cara memanah.
Bukan bertujuan mengaibkan, namun untuk menjawab persoalan,
benarkah ada sanad dalam memanah? Jawapannya, ada. Namun, ianya adalah
sanad hadith berbentuk Taqrir iaitu anjuran dan berbentuk Qauliy iaitu
perkataan.
Dari sudut Fiiliyyah, ianya secara umum menggambarkan
bahawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah seorang
pemanah. Dan urusan keahlian dalam memanah Sayyiduna RasulILLAH
SallALLAHu Alaihi Wasallam serahkan kepada ahlinya dengan kaitan riwayat
lain berbunyi :
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
(Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian)
(Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian)
Dengan takhrij hadith :
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو
النَّاقِدُ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو بَكْرٍ
حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ
هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ وَعَنْ ثَابِتٍ عَنْ
أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَوْمٍ
يُلَقِّحُونَ فَقَالَ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا لَصَلُحَ قَالَ فَخَرَجَ
شِيصًا فَمَرَّ بِهِمْ فَقَالَ مَا لِنَخْلِكُمْ قَالُوا قُلْتَ كَذَا
وَكَذَا قَالَ أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan
'Amru An Naqid seluruhnya dari Al Aswad bin 'Amir; Abu Bakr berkata;
Telah menceritakan kepada kami Aswad bin 'Amir; Telah menceritakan
kepada kami Hammad bin Salamah dari Hisyam bin 'Urwah dari Ayahnya dari
'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas bahawa Nabi SallALLAHu 'Alaihi
Wasallam pernah melewati suatu kaum yang sedang mengahwinkan pohon kurma
lalu Baginda bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu
akan (tetap) baik." Tetapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh
dalam keadaan rosak. Hingga suatu saat Nabi SallALLAHu 'Alaihi Wasallam
melewati mereka lagi dan melihat hal itu Baginda bertanya: 'Ada apa
dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah Tuan telah
mengatakan hal ini dan hal itu? Baginda lalu bersabda: 'Kalian lebih
mengetahui urusan dunia kalian.' (Hadith Riwayat Muslim)
Diringkaskan cerita, mohon dihentikan segala dakwaan bahawa
adanya sanad cara memanah, kerana jika disebut kalimat SANAD, ianya
perlu dihadirkan dengan MATAN dan RIWAYAT.
Cukuplah untuk kita gali, akan persoalan “MENGAPA MEMANAH
ITU SUNNAH?”, untuk mencari persoalan itu sahaja, sehingga hujung dunia
masih tidak akan habis untuk kita selami dan pelajari. Antara hikmah
dalam memanah adalah melatih manusia, belajar dan terus belajar,
mengambil contoh yang muktabar, Imam Bukhari RahimahULLAH dan Imam Asy
Syafie RahimahULLAH serta ramai lagi para Imam Mutaqadimin yang lain,
mereka turut juga menjadikan memanah sebagai suatu riadah yang wajib
bagi mereka.
Maka, kenapa perlu hari ini kita berbalah akan perkara yang
tidak akan habis dipelajari? Kenapa perlu sesuka hati meletakkan titik
noktah pada keilmuan yang sentiasa bergerak. Jadilah umat Islam yang
Ulul Albab iaitu sentiasa berfikir dan berzikir.
Adapun, dalam memanah, yang membezakan kita dengan orang bukan Islam, walaupun sehebat mana mereka adalah :
1) Aqidah
2) Ibadah
3) Sakhsiyyah
2) Ibadah
3) Sakhsiyyah
Dan inilah juga yang patut dibangunkan di dalam diri masing-masing.
Selami rahsia Nafsiyyah, Salbiyyah, Maani dan Maanawiyyah di dalam memanah.
InsyaALLAH, dalam penghujung April, sang faqir akan
mengadakan ‘Daurah Tauhid’ untuk sekalian pemanah dalam perjalanan
memastikan dan menetapkan arah tuju sebenar pada Riadah Sunnah ini.
Manakala, pada penghujung Mei akan diadakan ‘Kursus Sistem Biomekanikal Dalam Memanah’.
InsyaALLAH.
Belajar dan terus belajar.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Semoga bermanfaat.
Sunnah itu Hasanah, Sunnah itu Barakah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment